Selepas 25 Tahun, Johnny Depp Bakal Mengarah Filem Bersama Al Pacino

Pelakon Hollywood, Johnny Depp bakal kembali mengarahkan filem pertamanya iaitu Modigliani selepas 25 tahun tidak terlibat dalam pengarahan filem.

Sumber: MARCA

Sebelum ini, Johnny Depp juga akan berlakon dalam sebuah filem Jeanne Du Barry sebagai King Louis XV yang bakal dikeluarkan pada tahun 2023.

Sumber: 9GAG

Filem bertajuk Modigliani mengisahkan tentang sejarah hidup pelukis dan pengukir legenda di Itali yang bernama Amedeo Modigliani.

Memetik laporan dari The Hollywood Reporter, filem ini berlatarkan tempat di Paris pada tahun 1916 dan mengisahkan kehidupan Modigliani dalam detik 48 jam cuba memperkukuhkan reputasi sebagai seorang pelukis dan pengukir.

Sumber: Mabig Movies

Filem ini merupakan filem pertama arahan Johnny Depp bersama Al Pacino dan Barry Navidi selepas filem terakhir yang diarahkan olehnya adalah pada tahun 1997 dengan tajuk The Brave.

Filem Modigliani ini akan berteraskan pementasan Dennis Mclyntyre dan diadaptasi ke layar perak oleh Jerzy dam Mary Kromolowski.

Melalui laporan tersebut, Johnny Depp sangat teruja akan menghasilkan filem ini yang dianggap sebagai mengangkat kisah universal kemanusiaan yang mampu difahami ramai.

Johnny Depp berkata, “Ini adalah suatu saga kehidupan Modigliani yang membuatkan saya rasa amat berbesar hati untuk membawa kisahnya ke layar perak.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca