Selepas 2,000 Tahun, Kem Tentera Rom Di Sepanyol Ini Muncul Semula

Sebuah struktur perkampungan lama yang dipercayai merupakan kem tentera Empayar Rom kini muncul semula sepenuhnya selepas 2,000 tahun.

Struktur perkampungan lama yang dahulunya tenggelam itu telah muncul semula kerana paras air Sungai Lima di Sepanyol menyusut.

Memetik laporan The Mirror, perkampungan purba itu dipercayai telah tenggelam di bawah sungai berkenaan selama berabad-abad lamanya sebelum ia tiba-tiba muncul semula kerana kemarau teruk yang melanda Sepanyol ketika ini.

Sumber: The Mirror

Pakar sejarah percaya Empayar Rom membina kem tentera yang dikenali sebagai Aquis Querquennis berdekatan Sungai Lima di Galicia sekitar tahun 75 Masihi.

Tentera Rom dipercayai telah membiarkan Aquis Querquennis terbengkalai selama bertahun-tahun lamanya sebelum kompleks berkenaan ditenggelami sungai beberapa tahun selepas itu.

Kemudahan-kemudahan di Aquis Querquennis

Rakaman Aquis Querquennis dari udara. Sumber: The Mirror

Rakaman dron dari udara pada minggu lalu mendedahkan struktur binaan kem itu masih kelihatan sempurna dengan rekaan bangunan yang sangat tersusun.

Sumber: The Sun

Atlas Obscura melaporkan kem tentera berkenaan dipercayai mampu memuatkan sehingga 600 orang tentera Rom. Beberapa kemudahan lain yang dipercayai turut dibina di dalam kompleks berkenaan adalah berek-berek tentera, hospital, kuil dan tempat mandi air panas.

Kemudahan-kemudahan di Aquis Querquennis. Sumber: The Sun

Kemarau teruk dedah peninggalan dunia purba

Dengan musim kemarau melampau yang melanda dunia ketika ini, ia telah menyebabkan banyak sungai menjadi kering sekali gus mendedahkan beberapa peninggalan dunia purba seperti Pons Neronianus (Jambatan Nero) di Sungai Tiber di Rom, Itali.

Pons Neronianus dipercayai telah dibina ketika pemerintahan Maharaja Nero iaitu dari tahun 54 ke 68 Masihi.

Jambatan Nero. Sumber: Live Science

Selain itu, kemarau yang melanda Itali juga dipercayai telah menyebabkan paras air sungai terpanjang di negara itu iaitu Po menurun sehingga sebuah kereta kebal yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua muncul semula.

Beberapa kapal perang yang digunakan oleh tentera Nazi muncul semula berdekatan sungai Danube di Serbia.

Wujud kira-kira 3,400 tahun lalu dan merupakan salah satu bandar penting ketika Empayar Mitanni, sebuah tapak arkeologi dari Zaman Gangsa yang dikenali sebagai Kemune telah ditemui sepanjang Empangan Mosul di Sungai Tigris, Iraq pada Disember 2021.

Pada pendapat anda, adakah musim kemarau ini akan menyebabkan banyak lagi peninggalan dunia purba muncul semula dalam masa terdekat?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca