Selepas 20 Tahun, Sekuel Freaky Friday Bakal Dihasilkan

20 tahun selepas filem Freaky Friday ditayangkan filem ini secara rasmi bakal kembali dengan sekuel baharu dan sedang dalam proses penghasilan di Disney.

Sumber: Variety

Lebih menarik lagi, pelakon utama dalam tersebut iaitu Lindsay Lohan dan Jamie Lee Curtis juga dikatakan akan kembali dengan memegang watak yang sama.

Filem Freaky Friday dikeluarkan pada tahun 2003 oleh Disney dan filem menceritakan seorang ibu tunggal Tess Coleman yang dilakonkan oleh Jamie Lee Curtis dan anak perempuan remajanya Anna iaitu Lindsay Lohan mempunyai perwatakan yang sangat berbeza.

Sumber: Variety

Namun pada suatu hari Jumaat mereka bangun dengan bertukar badan antara mereka berdua.

Filem ini mendapat sambutan hangat hingga ke luar negara dan mengaut lebih $160 juta di seluruh dunia dengan bajet hanya $26 juta.

Memetik laporan dari Variety, khabar angin mula tersebar pada bulan Februari yang lalu mengenai kemungkinan sekuel bakal dihasilkan apabila Jamie berkongsi foto bersama Lindsay Lohan di Instagram dengan kapsyen, “It’s Friday. I’m just sayin! Freaky fingers crossed!”

Malah menguatkan lagi kenyataan itu adalah ketika Jamie disoal mengenai sekuel filem tersebut, beliau menyatakan filem sekuel Freaky Friday bakal menjadi kenyataan dan sudah pasti filem ini akan dilakukan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca