Selepas 2 Tahun, EXO Chen Kembali Dengan Solo Pertama

Peminat EXO pastinya teruja apabila setiap ahli kumpulan EXO sibuk dengan projek masing-masing.

Selepas ahli kumpulan EXO iaitu Xiumin membuat kemunculan dengan album solo, kini Chen daripada kumpulan tersebut juga bakal kembali dengan solo pertamanya.

Sumber: Soompi

Menerusi berita menggembirakan untuk peminat EXO yang dipanggil EXO-L, Penyanyi K-pop itu sendiri berkongsi berita ini pada 11 Oktober melalui sosial media dengan gambar poster teaser.

Gambar tersebut mempamerkan pemandangan indah dalam bentuk lukisan. Mini album ketiganya yang diberi nama Last Scene akan dikeluarkan pada 31 Oktober pada pukul 6.00 petang waktu tempatan.

Sumber: Twitter

Album Last Scene ini adalah album solo pertama Chen dalam tempoh lebih tiga tahun, selepas keluaran muzik pertamanya dalam dua tahun diberhentikan sementara kerana menjalani perkhidmatan tentera.

Chen atau nama sebenarnya Kim Jong Dae merupakan salah seorang ahli kumpulan Exo yang terdiri daripada Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chanyeol, D.O., Kai dan Sehun.

Sumber: Allkpop

Pada tahun 2020, Chen telah menggemparkan seluruh peminat K-pop dengan pengumuman bahawa dia bakal menjadi seorang bapa dan tamatkan zamat bujang dengan teman wanitanya. Kini Exo Chen telah mempunyai dua cahaya mata.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca