Selain rakyat Malaysia dikejutkan dengan perkhabaran duka tentang pemergian Mamat Khalid, peminat muzik juga tersentak dengan pembubaran kumpulan muzik Bittersweet awal pagi tadi. Tambahan lagi kedua-dua penghibur tanah air ini berasal dari Ipoh, Perak.
Bittersweet merupakan sebuah band indie rock/ brit pop Malaysia yang tidak asing lagi dalam pendengar muzik tempatan. Lagu-lagu mereka seperti Capital E, Kucing Hitam, A Perfect Match dan Hilang.
Ditubuhkan pada tahun 2004 dan merupakan salah satu band yang mengambil bahagian dalam acara Rock The World 16 (2016).
Mereka mengumumkan perkara tersebut menerusi laman rasmi Instagram Bittersweet:
Selain itu, Herri sebagai pengasas band Bittersweet dan juga merangkap gitaris serta vokalis turut berkongsi berita ini di dalam akaun Instagramnya:
Herri menyatakan bahawa setelah 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik bersama kumpulannya, sudah tiba waktu mereka berhenti bagi meneruskan kehidupan masing-masing tanpa terikat dengan Bittersweet.
Ucapan terima kasih juga diberikan buat semua yang telah bekerja secara langsung mahupun tidak bersama kumpulan muzik ini.
Tidak dilupakan juga kepada perminat Bittersweet yang banyak memberikan sokongan sepanjang perjalanan mereka sejauh ini.
Mereka juga berpesan supaya teruskan menyokong muzik dan bakat tempatan.
Selamat jalan buat Bittersweet. Terima kasih untuk karya-karya yang mengambit memori dan semoga maju jaya dalam apa sahaja yang kalian ceburi selepas ini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: