Selepas 15 Tahun, Pelakon Friends Kembali Dalam Projek Baharu

Para pelakon siri komedi Friends membuat pengumuman secara rasmi bahawa mereka akan kembali bersatu dalam satu program baharu selepas 15 tahun.

Memetik laporan Astro Awani, projek yang masih belum diberikan nama itu juga dilaporkan tidak mempunyai skrip.

Menurut ketua pegawai kandungan HBO Max iaitu Kevin Reilly, “Projek ini mungkin boleh dipanggil The One Where They All Got Back Together.”

Tambahnya, “Kami akan bersatu dengan David, Jennifer, Courteney, Matt, Lisa, dan Matthew untuk projek istimewa dengan HBO Max yang akan disiarkan bersama seluruh siri Friends.”

Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama siri komedi tersebut iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer sudah bersedia untuk kembali dalam program ini.

Keenam-enam bintang tersebut akan kembali ke set asal mereka di Studio Warner Bros yang terletak di Burbank, California untuk meraikan siri berkenaan yang telah bersiaran selama 10 musim.

Membawa watak Rachel Greene dalam siri tersebut, Jennifer Aniston kongsikan berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menurut laporan Variety, para pelakon akan menerima AS$2.5 juta (kira-kira RM10.5 juta) setiap seorang untuk penyertaan dalam projek itu.

Dalam pada itu, Friends memeterai perjanjian baharu bersama HBO Max iaitu sebuah platform penstriman terbaharu yang akan dilancarkan pada Mei 2020 selepas mengakhiri siaran di Netflix pada hujung 2019.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan selebriti antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca