Selepas 10 Bulan Berkahwin, Isteri Ini Baru Tahu ‘Suaminya’ Adalah Seorang Wanita

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Seorang wanita di Jambi, Indonesia terkejut selepas dia mendapat tahu bahawa suaminya yang dikenali sebagai Ahnaf Arrarif adalah seorang wanita selepas mengikat tali perkahwinan selama 10 bulan.

Wanita yang dikenali sebagai Mawar (bukan nama sebenar) itu mengaku bahawa dia sama sekali tidak tahu bahawa Ahnaf adalah seorang wanita pada mulanya.

“Pada awalnya, Ahnaf mengaku bahawa dia bekerja sebagai doktor dan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara,” ujarnya.

Wanita itu juga berkata bahawa dia berkenalan dengan ‘suaminya’ menerusi aplikasi janji temu. Ahnaf juga berpakaian seperti lelaki biasa setiap kali mereka bertemu.

Tempoh perkenalan bersama Ahnaf atau nama sebenarnya Era Yani itu juga dipercayai terlampau singkat iaitu dua minggu sahaja dan ‘suaminya’ itu sempat tinggal di rumahnya seminggu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Sumber: Suara

Ketika berada di rumah Mawar, Era bersikap baik dan mendakwa dirinya bekerja sebagai seorang doktor dengan membantu merawat bapanya yang sedang sakit ketika itu.

Untuk dijadikan cerita, ‘lelaki’ terbabit kemudiannya mengajak wanita itu untuk berkahwin. Perkahwinan mereka turut mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa Mawar dan keluarga angkat ‘suami.’ Pasangan berkenaan dinikahkan dengan wali hakim kerana bapa wanita tersebut sakit pada waktu itu.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Selama beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan, Mawar sering bertanya tentang asal usul suaminya tetapi ‘lelaki’ itu memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut.

Wanita berkenaan turut mengaku bahawa dia tidak pernah bertemu keluarga kandung suaminya sebaliknya hanya dibawa untuk menemui keluarga angkat ‘lelaki’ itu sahaja.

Selepas empat bulan anaknya berkahwin, ibu Mawar mula curiga dengan sikap menantunya kerana dia tidak pernah membuka baju di hadapan orang.

Gara-gara tidak mahu rahsianya terbongkar, ‘lelaki’ itu turut mengaku kepada isterinya bahawa dia mempunyai hormon berlainan yang menyebabkan dirinya mempunyai benjolan di bahagian dada.

Rahsia Eriyani bagaimanapun mula terbongkar selepas ibu mentuanya memaksa dirinya untuk membuktikan jantinanya. Ibu Mawar kemudiannya membuat keputusan untuk membuat laporan polis.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca