Penyanyi terkenal, Selena Gomez baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman Instagramnya yang mengejutkan semua peminat. Selena memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon, Bill Murray.

Meskipun ramai yang bertanya tentang kesahihan kenyataan tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu memilih untuk tidak memberi apa-apa komen dan membiarkan para peminatnya berteka-teki.

“Saya berada di Cannes buat pertama kalinya! Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada filem ini bersama Jim dan seluruh kru,” coretnya di posting berkenaan.

By the way, Bill Murray dan saya akan berkahwin,” tulisnya mengiringi sekeping gambar ketika menghadiri festival filem Cannes 2019 baru-baru ini.

Ini merupakan kali pertama mereka berdua berganding dalam sebuah filem. Bill dan Selena kini sibuk mempromosikan filem terbaharu mereka iaitu ‘The Dead Dont Die’ yang bakal ditayangkan pada 14 Jun ini.

Pada masa yang sama, Bill yang pernah membintangi filem ‘Ghostbusters’ itu mengakui bahawa dia menyukai Selena. Baginya, Selena merupakan seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang begitu cerah.

“Saya sangat menyukai Selena. Dia sangat baik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah,” kata Bill.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda