“Selena Akan Sentiasa Berada Dalam Hati Saya.” – Justin Bieber

Pada 1 April lepas, Justin Bieber telah menggemparkan industri hiburan apabila beliau memuat naik gambar di laman Instagram yang mengatakan bahawa isterinya, Hailey Bieber sedang mengandung.

Post pertama Justin Bieber merupakan gambar ultrasound seorang bayi di dalam perut. Namun begitu, ramai peminat yang ragu-ragu kerana perut Hailey tidak sebesar bayi di dalam gambar tersebut.

View this post on Instagram

If U thought it was April fools

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Tidak lama kemudian, Justin memuat naik satu lagi gambar yang menguatkan lagi khabar angin itu di mana ia menunjukkan isterinya sedang melakukan pemeriksaan doktor dengan kapsyen “If you thought it was April Fools”. Ia membuatkan peminat mula percaya dengan berita gembira itu. Ruangan komen post tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah.

View this post on Instagram

Wait omg is that a,,, APRIL FOOLS

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Sejam kemudian, Justin memuat naik gambar ultrasound dengan gambar anjing dan ia sekaligus menjawab segala persoalan yang bermain di minda para peminat. Ramai yang terhibur dengan gurauan tersebut. Namun begitu, ada juga segelintir peminat yang berang kerana mereka mati-mati percaya bahawa Hailey sedang mengandung.

View this post on Instagram

some rares/ unseen pics of Justin choose your favourite

A post shared by Biebs stuff (@justinsoutfits) on

Walau bagaimanapun, ada satu lagi post yang dimuat naik oleh fan page Justin Bieber di laman Instagram iaitu @justinsoutfits juga pada 2 hari yang lepas. Terdapat 10 keping gambar dalam post tersebut termasuklah gambar Justin bersama dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Post tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila Justin Like gambar tersebut. Tindakan Justin itu menyebabkan peminat Jelena dan Jailey bergaduh di ruang komen. Malah, ada yang mengatakan bahawa Hailey mungkin memiliki nama keluarga Justin (Hailey Bieber), namun hanya Selena yang memiliki hati Justin.

Ramai peminat yang mengecam tindakan Justin yang sememangnya mencetuskan kontroversi itu dan menyuruhnya move on daripada Selena.

Ada di antara para peminat yang mengaitkan perkara ini dengan respon Justin kepada satu komen peminat yang mengatakan bahawa idolanya itu tidak mencintai Hailey dan mengaitkan nama Selena.

Justin yang terpukul dengan tuduhan tersebut membalas, “I absolutely loved and love Selena, she will always hold a place in my heart, but I am head over heals in love with my wife and she is absolutely the best thing that has ever happened to me period”.

Rasanya, semua peminat Jelena dah boleh move on dan terima hakikat bahawa Justin bahagia dengan kehidupannya bersama isteri tersayang.

Cakap pasal move on, Justin Bieber pun dah boleh move on daripada Selena. Anda semua bila lagi? Banyak sebenarnya cara nak move on dan benda yang main peranan paling penting dalam hal ini adalah masa.

Ada dua sahaja iaitu sama ada lambat atau cepat. Kesudahannya, anda semua mesti akan move on juga. Tapi, kalau anda semua betul-betul nak move on dengan cepat, bolehlah dapatkan buku keluaran terbaru Lejen Press iaitu Mudahnya Move On!

Dengar cerita, semua 19 orang penulis dalam buku ini pernah berjaya bangkit selepas putus cinta. Dalam erti kata lain, semua cara dan tips yang penulis-penulis kongsikan adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Malah, Mudahnya Move On! bukan sahaja memuatkan 1 cerita tetapi ada 19 cerita yang akan membantu anda untuk move on.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Selepas anda semua baca buku ini, confirm boleh cakap dekat mereka yang pernah dipanggil dengan nama ‘Sayang’ itu, “Sayonara, ex”.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca