Selangor Golden Triangle Jadi Penanda Aras Pembangunan Selangor

SHAH ALAM – Selangor Golden Triangle yang sebelum ini dikenali sebagai i-City kini menjadi penanda aras kepada pembangunan berteraskan teknologi di Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Haji Idris, Selangor Golden Triangle mempunyai segala fasiliti dan infrastruktur lengkap bagi menyokong keperluan syarikat-syarikat berteraskan teknologi di negeri ini.

“Infrastruktur adalah elemen terpenting untuk menyokong keperluan syarikat teknologi dan sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelabur asing datang melabur,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyifatkan keputusan Invest Selangor bertapak di Selangor Golden Triangle lebih 10 tahun adalah satu pilihan yang tepat.

“Kami percaya ia akan menjadi mercu tanda Shah Alam pada masa hadapan,” kata beliau kepada Lejen Digital ketika melawat ke ibu pejabat I-Berhad di Menara Sumurwang di sini.

Turut hadir pada lawatan tersebut adalah pengasas dan Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Datuk Hasan (kiri) dan Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (kanan)

Datuk Hasan percaya infrastruktur canggih sedia ada di Selangor Golden Triangle akan dapat menyokong keperluan syarikat teknologi dalam jangka masa panjang.

Menurut beliau, Invest Selangor menyokong usaha I-Berhad untuk memenuhi jangkaan daripada para pelabur yang ingin memindahkan pejabat mereka ke Selangor Golden Triangle pada masa hadapan.

Beliau berkata, Selangor Golden Triangle mampu menjadi contoh atau model bagi pembangunan kawasan-kawasan lain di Selangor.

“Selangor Golden Triangle adalah penanda aras baharu kepada pemaju hartanah di Selangor terutamanya agensi-agensi pembangunan kepada syarikat-syarikat teknologi di negeri ini,” tambah Datuk Hasan lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Selangor Golden Triangle, anda boleh hubungi Tang Soke Cheng di talian 012-2050938 / 03-55218866 atau e-melkan kepada¬†[email protected]

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Selangor Golden Triangle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca