Selangor Benarkan Solat Jumaat Ikut Kapasiti Masjid

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan permohonan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid serta surau.

Sultan Sharafuddin membenarkan permohonan pertambahan bilangan jemaah mengikut jumlah kapasiti sebenar ruang solat masjid dan surau dengan penjarakan sosial 1.5 meter berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelaksanaan itu membabitkan semua masjid termasuk surau yang diberi Kebenaran Khas Solat Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata jemaah masih perlu melalui proses pendaftaran bagi solat Jumaat dan penggiliran seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Dalam pada itu, sistem yang lebih efisien sedang dibuat untuk memudahkan jemaah mendaftar dan menerima maklum balas kehadiran solat Jumaat.

“Bagi pelaksanaan solat lima waktu, kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah dibenarkan sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas penjarakan sosial 1.5 meter dipenuhi atau diisi.

Walau bagaimanapun, kehadiran jemaah muslimat (wanita) adalah tidak dibenarkan kecuali di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabililah, Cyberjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata JAIS akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan baharu tersebut.

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar ketetapan SOP ditetapkan. JAIS tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kelonggaran yang diberikan untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan para jemaah serta imej agama Islam,” katanya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan solat Jumaat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca