Selamba Berlaga Pipi Dengan Suami Adik Sendiri, Uqasha Senrose Terima Kecaman Hebat Daripada Warganet

Uqasha Senrose dan kontroversi memang berpisah tiada. Jika sebelum ini pelakon terkenal itu dikecam hebat gara-gara memilih untuk membuka tudung dengan alasan tidak mahu menjadi hipokrit, kali ini Uqasha sekali lagi mengundang kecaman warganet apabila dia dengan selamba bersalam dan berlaga pipi dengan suami adiknya sendiri.

Satu video yang memaparkan keluarga Uqasha sedang berkumpul di kediaman mereka telah tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Uqasha dilihat tanpa segan silu bersalam dan berlaga pipi dengan suami Nelydia Senrose iaitu Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

View this post on Instagram

Ape itu usha 😂 #uqashasenrose

A post shared by Uqasha Senrose (@uqashamiming) on

Nelydia yang lebih mesra dengan nama panggilan Nely ketika itu sedang duduk di sebelah suaminya. Daripada mimik mukanya, Nely sendiri seakan-akan tidak selesa dengan tindakan kakaknya itu.

Tinjauan kami di ruangan komen Uqasha mendapati bahawa sudah ada skuad ‘bawang’ yang melakukan ‘kerja’ mereka. Ada yang melemparkan kecaman terhadap Uqasha dan ada juga yang menasihatinya.

Tidak salah untuk tunjukkan kasih sayang tetapi janganlah sampai halalkan apa yang terang-terang memang haram.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca