Selamatkan Sherry Selepas Terima Komen ‘Body Shaming’ Mark Adam, Tindakan Alif Satar Dipuji Warganet

Jika sebelum ini penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar berjaya mencuri perhatian warganet kerana sikapnya yang penyayang kepada isteri, kali ini nama selebriti itu melonjak naik sekali lagi apabila dia telah ‘menyelamatkan’ Sherry Al Hadad sebaik sahaja salah seorang juri mempersendakan fizikal wanita tersebut.

Mark Adam selaku juri jemputan dalam konsert Big Stage pada malam Ahad telah memberi ulasan terhadap salah seorang peserta iaitu Chaleeda Gilbert dengan mengatakan wanita itu berpeluang besar dan pada masa yang sama turut mengaitkan bentuk badan Sherry.

This opportunity is very big, you see. Even the host is big,” katanya secara spontan.

Apa yang keluar daripada mulut penyanyi dan pelawak itu dianggap agak keterlaluan dan menerima kecaman hebat daripada warganet. Rata-rata menyifatkan komen itu sebagai body shaming meskipun niatnya hanya untuk bergurau.

Sherry kelihatan tergamam buat seketika selepas mendengar kata-kata itu dan riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan komen tersebut. Alif yang ketika itu turut berada di atas pentas tampil bersuara bagi ‘menyelamatkan’ Sherry dengan berkata, “Hey Mark, you are right. She has big talent, bro. That’s what you meant.

Reaksi spontan daripada Alif itu ternyata berjaya membuat rata-rata warganet cair sehingga ada yang melabelnya sebagai ‘True Gentleman’.

Tak lama lagi kita bakal masuk tahun 2020, menjadikan fizikal seseorang sebagai bahan jenaka tidak sepatutnya berlaku lagi. Cuba letak diri kita di tempat mereka yang diperlakukan sedemikian, apa agaknya rasa sekiranya orang jadikan fizikal kita sebagai bahan lawak?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca