Selamatkan Perenang Pengsan, Jurulatih Terjun Dalam Kolam

Seorang jurulatih renang melompat masuk dalam kolam untuk menyelamatkan Anita Alvarez yang hampir lemas selepas tidak menyedarkan diri.

Sumber: POPSUGAR

Anita Alvarez merupakan perenang artistik Amerika Syarikat telah menyertai Kejohanan Akuatik Dunia 2022, edisi ke-19 yang diadakan di Budapest bersama jurulatihnya Andrea Fuentes.

Ketika Anita hampir menamatkan rutin solo bebas akhir, tiba-tiba jatuh pengsan dan hanya jurulatihnya sahaja yang menyedari Anita sudah tenggelam ke dasar kolam.

Sumber: LadBible

Pasukan penyelamat di kejohanan tersebut dikatakan gagal bertindak pantas menyebabkan jurulatih terus terjun ke dalam kolam dengan berpakaian lengkap.

Adrea menyatakan dia terpaksa melompat masuk kerana penyelamat tidak melakukannya.

Menurut Andrea lagi, dia berasa cemas kerana melihat Anita tidak bernafas.

Namun demikian, Anita berada keadaan baik tetapi masih dalam jagaan doktor kerana harus menjalani beberapa ujian untuk mengetahui punca perenang tersebut pengsan.

Sumber: Deseret News

Peristiwa Anita jatuh pengsan dalam acara renang bukan kali pertama pernah terjadi kepada dirinya.

Sebelum ini, Anita tidak sedarkan diri semasa melakukan rutin akhir bagi acara kelayakan Olimpik pada Jun 2021.

Anita juga harus dinilai oleh doktor sebelum keputusan dibuat mengenai penyertaan dalam acara berpasukan yang akan diadakan pada esok hari.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca