Selamatkan Kapal Terbang Daripada Terhempas, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Mr. Bean Yang Ramai Tidak Tahu

Mr. Bean merupakan watak yang paling terkenal dalam sejarah siri televisyen. Watak yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson, popular dikalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa dan pasti tidak kering gusi melihat telatah Mr. Bean.

Berikut kami kongsikan tiga fakta menarik tentang Mr. Bean yang ramai tidak tahu:

1. Memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik dari Oxford

Rowan Atkinson merupakan seorang yang pintar. Beliau menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Newcastle. Kemudian, melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang yang sama di Queen’s College, Oxford.

2. Hanya 14 episod Mr. Bean

Rancangan Mr. Bean kerap ditayangkan untuk tempoh berpuluh tahun. Namun, percaya atau tidak, rancangan ini hanya memiliki 14 episod dan mengambil masa 16 tahun.

Episod 1 Mr. Bean mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 dan berakhir dengan episod 14 pada 2006.

3. Selamatkan kapal terbang daripada terhempas

Pada Mac 2001, Rowan dan keluarganya berlepas dari lapangan terbang di Ukundu, Kenya untuk ke Lapangan Terbang Wilson di bandar Nairobi.

Dengan tiba-tiba, juruterbang tersebut pengsan dan beliau terpaksa melakukan sesuatu. Tanpa pengalaman dan latihan mengenai pemanduan pesawat, Rowan terpaksa mengambil alih tugas juruterbang tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah beliau berjaya mengawal pesawat sehinggalah juruterbang tersebut kembali sedar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca