“Selamat Tinggal Sayang”, Nota Terakhir Lelaki Ini Buat Isteri Sebelum Gantung Diri

Seorang lelaki yang bertindak menggantung diri dengan tali di sebatang pokok rambutan di belakang rumahnya sempat menulis nota terakhir kepada isterinya sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Kejadian ini berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 1.37 tengah hari itu, mangsa yang berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh isterinya kira-kira 100 meter dari kediaman mereka.

Pada masa yang sama, satu nota turut ditemui di dalam poket baju mangsa dan ia dipercayai ditujukan kepada isterinya yang berusia 42 tahun itu.

“Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang. Assalamualaikum. Salam terakhir”

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai iaitu Dep Supt Wan Fauzi Wan Ishak, berdasarkan hasil soal siasat, mangsa sempat mengambil isterinya yang bekerja di hospital berdekatan dengan rumah mereka pada jam 8 pagi sebelum dia bertindak membunuh diri.

Sebaik sahaja tiba di rumah, pasangan terbabit dikatakan bertengkar gara-gara lelaki itu cemburu terhadap isterinya.

“Bagaimanapun, pada tengah hari, wanita itu melihat suaminya keluar dari rumah sambil memegang tali,” kata Wan Fauzi.

“Sebaik sahaja selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan dia menemui lelaki itu menggantung diri di belakang rumah,” ujarnya lagi.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca