Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992, yang dianjurkan oleh sukarelawan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Selaras dengan komitmen antarabangsa tersebut, bermula 3 Disember 1994, Malaysia turut mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Tarikh 3 Disember sememangnya merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh warga OKU di seluruh dunia.

Tema untuk tahun ini ialah Empowering persons with disabilities and ensuring inclusiveness and equality”. Tema ini memberi tumpuan kepada orang kelainan upaya dalam membangunkan aspek penglibatan, saksama dan lestari untuk membantu dalam pembangunan negara.

Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya!

 

Artikel Lain Untuk Di Baca