Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Berada Dalam Keadaan Kritikal

Penyanyi ternama tanah air, Siti Sarah Raissuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas selamat melahirkan bayi lelaki petang tadi.

Suami beliau iaitu Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada pukul empat petang tadi berada dalam keadaan baik tetapi memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Alhamdulillah, pukul empat lebih bayi telah berjaya dikeluarkan. Bayi berada dalam keadaan baik tetapi memerlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pramatang. Keadaan Sarah agak kritikal.

Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan COVID-19 dipermudahkan urusan. Amin,” tulisnya.

Sumber: Era

Shuib menerusi satu hantaran asing di laman Instagram meminta bantuan orang ramai terus mendoakan kesembuhan isterinya, “Mohon terus mendoakan Siti Sarah kerana dia masih belum sedarkan diri. Terima kasih semua. Semoga kita semua dipermudahkan urusan.”

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Dalam pada itu, Sarah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen beliau menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini memasuki usia lapan bulan.

Kami mendoakan semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Siti Sarah supaya beliau berjaya melawan wabak ini dan kembali pulih seperti sediakala.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca