Selamat Datang Ke Pulau Peribadi Paling Kecil Di Dunia

Pulau kecil ini hanya muat sebuah kotej, sebatang pokok dan pantai sekangkang kera. Sekiranya kaki tersilap langkah, anda mungkin kena berenang nanti. Sanggupkah anda untuk tinggal di sini?  

Sumber gambar: Amrutahd/Flickr

Tempat yang dinamakan ‘Pulau Just Enough Room’ ini terletak di Teluk Alexandria, New York dan bersempadan dengan negara Kanada. Keluasannya dianggarkan 3,300 kaki persegi.

Tempat ini dibeli keluarga hartawan Sizeland yang mahu membina sebuah rumah percutian di atasnya untuk lari daripada hiruk-pikuk kota.

Namun privasi itu tinggal harapan apabila ia menjadi tarikan para pelancong yang menyusuri Sungai St Lawrence.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca