Kali ini kami nak bawa anda travel ke Hamburg, Jerman.
Kita pergi bukan naik kapal terbang tetapi menggunakan kuasa internet sebab lebih jimat kos dan masa walaupun kami faham yang tengok dalam skrin jauh berbeza dengan pengalaman sebenar bagai matahari dan planet Neptun.

Destinasi pelancongan paling popular di Hamburg adalah taman tema Miniatur Wunderland, di mana terletaknya sebuah model landasan kereta api mainan terbesar di dunia dan beberapa kota fiksyen.

Miniatur ini maksudnya model atau lakaran yang teramat kecil menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kehidupan ‘orang kenit’ dalam dunia miniatur ini digambarkan sebiji seperti manusia sebenar dalam seperti dalam paparan video di bawah:
Menerusi panorama Google Street Views, anda boleh klik pusing-pusing 360˚ untuk melihat suasana dan pemandangan dunia miniatur tersebut.
1. Konsert DJ Bobo
Kira-kira 21,000 manusia sedang berparti sambil menikmati muzik. Bobo di mana? Ada nampak Bobo?
2. Beratur panjang untuk check-in di airport
Replika bangunan terminal Lapangan Terbang Hamburg ini dibuat dengan begitu teliti sekali sama seperti bangunan original punya. Siap ada kaunter bagasi lagi.
3. Pasar Tani
Suasana pasar di Knuffingen.
4. Stadium bola sepak
Perlawanan bola sepak antara kelab Hamburger SV (jersi biru + putih) VS St. Pauli (jersi perang + putih). Kira-kira 11,000 penyokong pasukan kegemaran tengah bersorak sambil buat wave di sekeliling stadium. Perlawanan tamat dengan kemenangan Hamburger SV 4:3.
5. Bangunan terbakar
Api! Api! Kira-kira 150 kenderaan bergegas ke tempat kejadian termasuk abang bomba dengan siren neno-neno.
6. Fun Fair
Bila kali terakhir anda pergi fun fair? Ratusan tahun yang lalu? Jom naik Roda Ferris dan masuk rumah hantu!
7. Kapal-kapal berlabuh
Ada jambatan ‘angkat’ seperti di Terengganu bila kapal nak lalu. Sampai sini pun ada.
Okay, masa lawatan dah habis! Jom balik Malaysia.
Lepas ni nak pergi mana pula? Disneyland?