“Selamat Belayar Ke Pelabuhan Jauh, Anakandaku”, Fauziah Nawi Sahkan Jenazah Pitt Haniff Sudah Ditemui

Pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi mengesahkan bahawa jenazah anaknya iaitu Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Haniff telah ditemui. Pengarah itu sebelum ini dilaporkan hilang sewaktu memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.

Menurut Fauziah menerusi Live di laman Facebook, jenazah anak kesayangannya itu ditemui dalam keadaan sempurna meskipun sudah berada di dalam air selama dua hari.

“Pitt, mama minta maaf sebab tak dapat jaga Pitt macam yang mama janji dengan arwah papa,” kata Fauziah sambil mengalirkan air mata.

Fauziah turut mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha mencari dan menyelamat yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. Beliau juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah anaknya itu.

Dalam pada itu, pelakon yang berusia 66 tahun itu meminta untuk diberi ruang dalam masa yang sukar ini.

Team Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Pitt Haniff. Al-Fatihah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca