Selalu Dirompak, Lelaki Ini Akhirnya Bina Rumah Tanpa Tingkap

Boleh dikatakan sebuah rumah itu menjadi tidak lengkap tanpa sebarang tingkap.

Hal ini kerana tingkap itu mempunyai fungsi untuk membenarkan pencahayaan semula jadi dan pengalihan udara.

Namun, berbeza pula dengan kisah seorang lelaki iaitu Mohammad Hanif Allay Pitchay.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu telah ubah suai rumahnya di Taman Koperasi kerana tempat tinggalnya itu pernah dirompak sebanyak dua kali sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, idea untuk membuang tingkap daripada rumah itu diusulkan oleh ibu Hanif.

Ibunya menganggap bahawa ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga. Tidak dinafikan bahawa kerja harian ibu Hanif kini menjadi lebih mudah tanpanya.

Dilaporkan bahawa kos pengubahsuaian rumah tersebut menelan belanja hampir RM100,000.

gghg
Sumber: BERNAMA

Tidak berhenti di situ, rumah ini turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan kehadiran tetamu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah rumah berkenaan turut dilengkapi sistem penggera pada pintu hadapan dan belakang!

Walaupun begitu, lampu hanya dibuka pada waktu siang untuk kegunaan tertentu sahaja.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis iaitu Ruhisya Haris berkata bahawa tiada kesalahan dari segi keselamatan untuk membina rumah tanpa tingkap.

Ruhisya menjelaskan bahawa pembinaan kediaman itu tidak mempunyai kesalahan dari segi keselamatan selagi pemilik kediaman tahu untuk mengendalikan sistem keselamatan kebakaran.

Seterusnya, pemilik tidak menjalankan aktiviti berbahaya dan membuat stor penyimpanan gas di rumah.

Sekiranya pemilik tidak melakukan semua yang dinyatakan di atas, maka kediaman itu sebenarnya selamat.

Baca lagi mengenai rumah unik di seluruh dunia menerusi pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca