Selalu Digigit Nyamuk, Jenis Darah Mempengaruhi Gigitan Nyamuk

Pernahkah anda terfikir kenapa anda sering menjadi mangsa gigitan nyamuk, sedangkan rakan di sebelah anda tidak mengalami nasib yang sama seperti anda?

Ini kerana faktor jenis golongan darah mempengaruhi daya tarikan nyamuk terhadap mangsanya.

Ramai berkata yang memakai pakaian gelap boleh menarik kehadiran nyamuk di sekelilingnya. Hal ini kerana nyamuk tidak boleh terbang jauh dan lebih tertarik dengan warna yang gelap.

Sungguhpun begitu, antara jenis darah yang menarik kehadiran nyamuk adalah jenis darah O berbanding dengan jenis darah A atau yang lain.

Hal yang demikian kerana enzim badan yang berbeza menyebabkan nyamuk lebih tertarik kepada golongan darah O yang disifatkan mengeluarkan bahan kimia yang berbeza dan menariknya.

Terhadap 3000 spesies nyamuk di dunia ini. Terdapat perbezaan di antara nyamuk betina dan nyamuk jantan. Nyamuk betina selalu meninggalkan benjolan merah di atas gigitannya manakala nyamuk jantan lebih tertarik terhadap binatang berbanding dengan manusia.

Nyamuk mempunyai daya bau yang tinggi yang boleh menghidu jauh dan mempunyai daya ingatan terhadap orang yang pernah dihidunya.

Selain itu, nyamuk boleh mencari kembali anda jika pernah menghidu bau anda dalam masa 24 jam kerana daya baunya yang tinggi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca