Selain ‘Start-Up’, Ini 4 Drama Kim Seon-ho Yang Anda Wajib Tonton

Nama Han Ji-pyeong masih meniti di bibir peminat walaupun Start-Up sudah pun melabuhkan tirainya pada minggu lalu.

Untuk pengetahuan anda, Kim Seon-ho sebenarnya sudah lama berkecimpung di dalam dunia lakonan sejak tahun 2009 lagi. Walau bagaimanapun, baru sekarang namanya melonjak naik walaupun dia bukan pemegang watak utama.

Buat semua yang masih belum move on daripada Ji-pyeong, kami akan kongsikan empat drama Seon-ho yang anda wajib tonton untuk mengubat rindu kepada aktor berkenaan menerusi artikel ini:

1. Welcome to Waikiki 2 (2019)

Berbeza dengan watak Ji-pyeong yang cool, anda kini boleh melihat sisi berbeza Seon-ho dalam drama Welcome to Waikiki 2.

Dalam drama ini, Seon-ho memegang watak sebagai Cha Woo-sik. Woo-sik pernah debut sebagai seorang penyanyi idola. Disebabkan dia tidak berjaya dalam industri hiburan, Woo-sik akhirnya menjadi seorang guru vokal dan turut menyanyi dalam upacara perkahwinan.

2. 100 Days My Prince (2018)

Turut dibintangi oleh Do Kyung-soo, Nam Ji-hyun dan Han So-hee, 100 Days My Prince ini mungkin boleh membuatkan anda terkena second lead syndrome sekali lagi.

Seon-ho memegang watak sebagai Jung Jae-yoon iaitu seorang majistret dan penasihat kepada Putera Mahkota Lee Yool. Namun, apa yang meruntun hati penonton ialah Jae-yoon mengalami prosopagnosia ataupun lebih dikenali sebagai penyakit buta wajah.

Walaupun Jae-yoon sukar untuk kenal pasti muka seseorang, dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk ingat wajah cinta sejatinya iaitu Hong Shim.

3. Two Cops (2017)

Berbeza dengan watak-watak yang dibawa oleh pelakon tersebut sebelum ini, Seon-ho memegang watak sebagai penipu dalam drama Two Cops.

Pada suatu hari, roh Gong Su-chang (Seon-ho) telah masuk ke dalam badan seorang detektif yang tegas dan berwibawa iaitu Cha Dong Tak (Jo Jung-seok). Apa yang berlaku seterusnya?

4. Good Manager (2017)

Walaupun Seon-ho telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon teater pada tahun 2009, Seon-ho sebenarnya membuat debut di kaca televisyen menerusi drama Good Manager.

Sekiranya anda pernah menonton drama ini, Seon-ho membawa watak sebagai Sun Sang-tae iaitu seorang pekerja yang sering dibuli di pejabat. Sang-tae memang jauh berbeza daripada wataknya sebagai Ji-pyeong iaitu seorang pelabur yang berjaya dan bergaya, betul tak?

Berdasarkan senarai drama di atas, anda boleh lihat bahawa Seon-ho ialah seorang pelakon yang versatil dan berbakat kerana boleh membawa pelbagai jenis watak seperti seorang individu yang baik, nakal atau sering dibuli di pejabat. Pada pendapat anda, apakah watak Seon-ho yang paling meninggalkan kesan kepada para penonton?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca