Selain Mengandung, Ini 6 Sebab Kenapa Haid Datang Lambat Yang Ramai Tidak Tahu

Pasti ramai pembaca wanita di sini yang pernah mengalami masalah lambat datang haid. Segelintir individu memandang remeh terhadap perkara ini dan menganggapnya sebagai benda biasa. Nak datang, datanglah. Kalau tak datang pun tiada masalah. Persepsi ini sepatutnya ditukar kerana perkara ini tidak boleh dipandang sebelah mata dan anda perlu mengambil tahu kenapa masalah ini wujud.

Berikut kami kongsikan 6 kemungkinan kenapa sesetengah individu mengalami masalah lambat datang haid:

1. Hormon prolaktin berlebihan

Kewujudan hormon ini secara berlebihan boleh menghalang pengeluaran telur. Secara tidak langsung, kitaran haid anda juga akan terjejas. Ada sesetengah kes di mana haid mereka datang lewat berbulan-bulan lamanya.

2. Tekanan

Apabila seseorang itu stres, perkara ini juga akan menyebabkan haid datang lambat. Hal ini demikian kerana ia akan mengganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid.

3. Terlalu kurus

Siapa sangka terlalu kurus pun boleh mengganggu kitaran haid anda. Bagi mengembalikan kitaran haid yang normal, pastikan anda makan secara sihat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

4. Ubat cegah kehamilan

Sekiranya anda ada mengambil hormon pencegah kehamilan seperti Depo-Provera atau Implanon, ia mungkin penyebab kenapa haid anda datang lewat. Hal ini demikian kerana alat pencegah hamil berhormon ini boleh menjejaskan ovulasi daripada terhasil.

5. Obesiti

Bukan mereka yang terlalu kurus sahaja yang berkemungkinan mengalami masalah ini malah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga sama. Berat badan berlebihan menyebabkan hormon menjadi tidak stabil sekali gus mengganggu kitaran haid seseorang.

6. Mengambil ubatan seperti jamu

Salah satu kemungkinan besar mengapa haid anda datang lambat adalah sekiranya seseorang itu ada mengambil ubatan seperti jamu ataupun menjalani rawatan tradisional dan program menguruskan badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Apa-apa pun, sekiranya masalah ini berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca