“Selagi Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat, Selagi Itulah Kita Kena Hidup Bersama COVID-19.” – Dr. Hisham Abdullah

Setakat semalam, sebanyak 45 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan. 44 daripada kes ini merupakan kes jangkitan tempatan dan satu kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham memaklumkan terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital dan 1619 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di hospital.

Menerusi sidang media harian COVID-19 semalam, beliau menjelaskan bahawa kebarangkalian Malaysia melawan pandemik ini adalah tinggi jika rakyat Malaysia mematuhi penjarakan sosial seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu juga, Dr. Noor Hisham mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terlalu gembira dan meraikan penurunan kes yang berlaku di negara kita kerana masih terlalu awal untuk mengisytiharkan COVID-19 tidak lagi bahaya di Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mencontohi negara Taiwan, Vietnam dan Korea Selatan yang sudah hampir bebas daripada pandemik maut ini.

Menurut beliau, selagi kita tidak menjumpai vaksin atau ubat berkenaan pandemik ini, selagi itulah kita akan hidup bersama COVID-19.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Jangan lupa untuk kerap basuh tangan dan pakai pelitup muka!

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca