Sekolah Tidak Boleh Menutup Pintu Untuk Kanak-Kanak Belajar

Baru-baru ini, isu vaksin menjadi topik hangat di Malaysia. Menurut Free Malaysia Today, penggiat industri kesihatan mencadangkan kerajaan melarang kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan vaksin ke sekolah. Berkenaan isu ini, diharapkan semua pihak memberi kerjasama dan memahami tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak dan pencerahan kepada ibu bapa tentang kepentingan vaksin. Manakala, tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberi pendidikan selaras dengan hak asasi setiap rakyat.

Dr Mazlee, Menteri Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa suntikan vaksin ini sangat penting untuk masa depan kanak-kanak kerana ia dapat melindungi mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak seharusnya dipersalahkan dan menutup peluang mereka untuk bersekolah hanya kerana mereka tidak divaksinkan.

“Mereka tidak boleh memilih untuk diri mereka, yang buat pilihan itu adalah ibu bapa,” kata Dr Mazlee menerusi rakaman video di laman Twitternya.

Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mendapat peluang untuk bersekolah, kemungkinan mereka akan terjebak dalam gejala sosial adalah tinggi. Seterusnya, mereka akan tercicir dalam pelajaran dan ini menambahkan lagi permasalahan yang sedia ada. Sepatutnya isu vaksin ini merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dan ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak diverikan suntikan vaksin.

Pesanan terakhir daripada Dr Mazlee adalah diharapkan agar ibu bapa memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka demi kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca