Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Patung Barbie Dan Pasangannya

Teman lelaki Barbie bernama Kenneth, atau lebih manja dipanggil Ken.

Kredit foto: ErikaWittlieb/Pixabay

Suatu hari, Barbie telah melangsungkan perkahwinannya dalam sebuah majlis.

Namun pengantin lelaki tersebut bukanlah Ken sebaliknya skandal Barbie iaitu anak patung Louis Tomlinson daripada band pop One Direction. Manakala ‘Harry Styles’ pula menjadi pengapit.

Ken turut dijemput datang ke majlis bekas kekasihnya. Dan dia hadir bersama teman wanita barunya, anak patung Barbie lain yang turut bergaun putih. Eh?

Drama Barbie di atas dipersembahkan oleh seorang jurugambar dan pengguna Facebook bernama Agnieszka Marsh dalam sesi fotografi sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Gambar tersebut telah menjadi tular di Facebook, dikongsi warganet sebanyak 44,000 kali dengan 14,000 komen dan 30,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Mengikut laman sesawang Mirror, Agnieszka berpengalaman memotret majlis perkahwinan kliennya tetapi kini banyak majlis perkahwinan ditangguh atau dibatalkan kerana pandemik COVID-19 dan ‘lockdown’.

Walaupun tiada kerja, wanita dari Ireland Utara ini menyalurkan skil dan bakatnya dalam bentuk berbeza. Dia meminjam mainan dan anak patung anak perempuannya lalu terhasil lah karya ini.

Tetamu jemputan

Kahwin

Membaling bunga, ada yang rebah terguling

Sesi Photoshoot

Kredit foto-foto: Facebook Agnieszka Marsh

Untuk baca lagi artikel berkenaan Barbie, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca