Sekian Lama Menjalin Rasa Cinta, Lelaki Ini Akhirnya Kahwin Dengan Teman Wanita Unik

Seorang ahli bina badan dari Kazakhstan akhirnya mengikat tali perkahwinan bersama teman wanitanya selepas menangguhkan upacara tersebut selama lapan bulan.

Namun, apa yang lebih menarik ialah teman wanita tersebut bukannya seorang manusia tetapi sebuah robot seks.

Yuri Tolochko sudah tinggal bersama Margo untuk kira-kira satu tahun dan enam bulan sebelum meluahkan hasrat untuk menjadikan robot berkenaan isterinya pada Disember tahun lalu.

Sumber: Instagram @yurii_tolochko

Untuk dijadikan cerita, pertemuan pertama pasangan ini adalah di sebuah kelab malam sebelum mereka menjalin hubungan yang lebih serius.

Walaupun Yuri dan Margo sepatutnya disatukan pada Mac tahun ini, ia bagaimanapun terpaksa ditunda kerana penularan pandemik COVID-19.

Sumber: Instagram @yurii_tolochko

Dalam pada itu, pasangan tersebut akhirnya disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri puluhan tetamu baru-baru ini. Yuri berkongsi momen istimewa berkenaan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, “Ia telah berlaku dan akan bersambung.”

Menerusi video tersebut, anda boleh melihat Yuri menyarungkan cincin ke jari isterinya sebelum menari di hadapan tetamu yang hadir. Yuri juga difahamkan sedang mencari sebuah kediaman di Kazakhstan untuk menjalani kehidupan baharu bersama Margo.

Pada pendapat anda, adakah perkahwinan ini pelik atau sebaliknya? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca