Sekeluarga Terkejut Besar, Kucing Bawa Balik Ular Hitam Berkepala Dua

sekeluarga-terkejut-besar-kucing-bawa-balik-ular-hitam-berkepala-dua

Sebuah keluarga di Palm Harbor terkejut besar apabila kucing peliharaan mereka membawa sesuatu masuk ke dalam rumah. Menurut Kay Rogers, kucing milik anak perempuan mereka yang dinamakan sebagai Olive itu telah menggonggong seekor ular hitam ke ruang tamu.

Kemudian, anak mereka perasan ada sesuatu yang pelik dan memberitahu bahawa ular tersebut berkepala dua. Apabila mendengar kata-kata anaknya, Rogers menyangka bahawa ia hanyalah satu gurauan. Namun sangkaannya meleset setelah melihat sendiri ular tersebut.

sekeluarga-terkejut-besar-kucing-bawa-balik-ular-hitam-berkepala-dua
Sumber: Kita Reporters

“Pada mulanya, saya ingatkan anak saya hanya bergurau apabila mengatakan Olive menggonggong ular hitam berkepala dua. Apabila saya melihatnya sendiri, saya jadi kagum.

“Saya tidak pernah melihat reptilia seperti itu sebelum ini,” kata Rogers lagi.

Mereka kemudiannya mengambil ular tersebut dari Olive dan dinamakan sebagai Dos oleh anak perempuan mereka.

Pun begitu, mereka menyerahkan ular yang masih hidup itu kepada Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC).

Menurut FWC, ular hitam berkepala dua merupakan penemuan ganjil yang amat jarang berlaku dan ia juga dikenali sebagai bicephaly.

“Fenomena ini disebut sebagai bicephaly. Hal ini bukan kebiasaan tetapi boleh terjadi ketika perkembangan embrio apabila dua monogizot kembar gagal terpisah dan akhirnya meninggalkan dua kepala pada satu badan,” tulis FWC dalam satu hantaran di Facebook.

Ular hitam berkepala dua itu mungkin sukar untuk bertahan di luar kerana ia bergantung kepada sepasang otak. Bukan itu sahaja, ia juga menyukarkannya untuk makan dan melepaskan diri daripada pemangsa atau haiwan lain. Memetik laporan portal Apa Cerita Press

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca