Sekatan Perjalanan Sahaja Tidak Memadai Untuk Kekang Pandemik COVID-19 – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa mengenakan sekatan perjalanan sahaja tidak cukup untuk mengekang penularan wabak COVID-19 kerana virus itu ada di mana-mana sahaja.

Menurut Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan, banyak kerajaan bergelut dengan cara pembukaan semula ekonomi mereka dan memastikan negara bebas daripada wabak itu.

Sumber: CGTN

Jelas Dr. Mike Ryan, WHO selalu menasihatkan bahawa langkah-langkah perjalanan harus digunakan seiring dengan langkah-langkah lain bagi mengelakkan diri terkena jangkitan virus yang setakat ini telah meragut lebih 652,000 nyawa di seluruh dunia.

“Cara yang sama juga seperti hanya mencuci tangan atau memakai pelitup muka sahaja atau mana-mana intervensi kesihatan sahaja memang tidak berkesan.

Virus ini ada di mana-mana. Ia akan bergerak apabila berpeluang untuk bergerak.

Tidak kira sama ada di dalam atau di antara negara, virus ini ada di mana-mana sahaja dan boleh bergerak di antara kawasan.

Saya rasa kita perlu melihat perkara ini, apakah risiko penyakit berpindah dari kawasan penularan tinggi ke kawasan yang penularannya terkawal?

Saya rasa itulah yang membimbangkan kerajaan sekarang.

Sekiranya kita telah bekerja keras di negara tertentu dan berjaya mengurangkan jangkitan ke tahap yang sangat rendah setelah tiga atau empat bulan, apakah risiko tambahan untuk membuka sempadan dan meningkatkan mobiliti?” kata Dr. Mike Ryan.

Sumber: CIO

Pada masa yang sama, Dr. Mike Ryan menjelaskan langkah sekatan perjalanan harus bergerak seiring dengan langkah yang lain untuk memastikan penularan COVID-19 dapat menemui titik noktah.

Tambah beliau, di masa akan datang, adalah hampir mustahil untuk negara-negara menutup sempadan mereka.

Jelas beliau lagi, sewaktu negara membuka semula ekonomi dan terlibat dengan perdagangan global, mereka harus mencari cara untuk meminimumkan risiko penyebaran penyakit itu.

Beliau juga memberi amaran bahawa virus itu mempunyai ancaman yang berbeza bergantung kepada negara dan keadaannya.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca