Menggunakan Kod Morse Untuk Hantar Mesej, Ini Sejarah Telegraf

Telegraf merupakan sebuah mesin atau alat yang menggunakan teknologi telegrafi untuk mengirim dan menerima pesanan dari jarak jauh. Pesanan telegraf yang dihantar oleh operator telegraf menggunakan kod Morse itu pula dikenali sebagai telegram.

Kod Morse. Sumber: Britannica

Sebelum telefon bimbit diperkenalkan dan digunakan, telegram sering digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk keperluan bisnes. Untuk pengetahuan anda, ia berbeza dengan emel walaupun telegram ini sering digunakan untuk pengiriman dokumen-dokumen rasmi dalam perjanjian.

Walaupun ianya pertama kali ditemui oleh Samuel Thomas von Sömmering pada tahun 1809, tetapi Baron Schilling mencipta telegraf elektrik pertama pada 1832.

Seterusnya, Carl Friedrich Gauss dan Wilhelm Weber merupakan orang pertama yang menggunakan telegraf elektrik sebagai alat komunikasi tetap secara meluas pada tahun 1833 di Göttingen.

Walaupun begitu, telegraf komersial pertama direka dan dicipta oleh William Fothergill Cooke yang kemudiannya dipasarkan di Great Western Railway yang terletak di England.

Pada tahun 1843, Alexander Bain iaitu seorang saintis Scotland telah menemui sebuah alat yang merupakan mesin faksimile pertama. Beliau menyatakan penemuannya itu berkaitan dengan telegraf perakam. Selain itu, telegraf ini juga mampu mengirim gambar menggunakan kawat elektrik.

Sumber: El Portal Journal

Dalam pada itu, seorang biarawan Itali iaitu Giovanni Caselli telah mencipta sebuah telegraf elektrik yang boleh mengirimkan mesej dan menamakannya pantelegraf pada tahun 1855.

Pantelegraf diguna pakai dan mula diterima sebagai sebuah saluran komunikasi telegraf antara kota Paris dan Lyon yang terletak di Perancis.

Seterusnya, sebuah telegraf elektrik diciptakan dan direka semula buat pertama kalinya di Amerika Syarikat oleh Samuel F. B. Morse pada tahun 1837. Pembantu beliau iaitu Alfred Vail turut mencipta sebuah kod baharu yang kini dikenali sebagai kod Morse dengan menyimbolkan huruf dengan Morse.

Pesanan pertama yang dikirimkan oleh Morse di New Jersey, Amerika Syarikat pada 6 Januari 1838 berbunyi, “Seorang penunggu yang sabar bukanlah seorang yang pengecut.”

Kemudian, beliau mengirim sebuah pesanan lain pada 24 Mei 1844 iaitu, “Apa yang telah Tuhan ciptakan” dari the Old Supreme Court Chamber di Gedung DPR yang terletak di Washington ke Mt. Clare Depot di Baltimore.

Di samping itu, Australia kemudiannya menjadi penghubung dunia pertama pada Oktober 1872 melalui telegraf bawah laut di Darwin.

Kemajuan teknologi telegraf kemudiannya berlaku pada awal tahun 1870 apabila Thomas Edison menemui “telegraf dua arah dengan dua rangkap penuh” dan sekali gus dapat memperbanyakkan lagi kapasitinya dengan menemukan “quadruplex” pada tahun 1874.

Pada awal tahun 1830, telegraf elektrik berkembang menggunakan kawalan tenaga elektrik untuk mengawal elektromagnet yang diperoleh pada hujung proses transisi. Namun, keterbatasan teknologi pada zaman berkenaan menjadi sebuah masalah apabila hasil pengiriman kod melalui kabel tidak dapat dicetak melalui mesin cetak.

Kemudian, seiring dengan perkembangan teknologi, telegraf elektrik diperkembangkan dengan penggunaan teknologi baharu iaitu
penerima elektromagnet. Selepas penerima elektromagnet diperkenalkan, kod Morse dapat diterjemahkan kepada pendengarnya dalam bentuk tulisan.

Seiring dengan perkembangan telegraf, ada yang beranggapan bahawa telegraf sama dengan telegrafi kerana mereka mempunyai fungsi yang sama.

Telegrafi ialah pengiriman pesanan dari jarak jauh yang ditulis tanpa perlu mengirimkannya dalam bentuk surat. Oleh itu, telegrafi ini khusus kepada bentuk pengiriman data seperti yang kini diguna pakai seperti faks, emel dan jaringan komputer. Selain itu, alat untuk telegrafi dahulunya disebut sebagai telegraf.

Sebuah pesanan telegraf dikirim oleh operator telegraf menggunakan kod Morse atau operator telegraf mencetak menggunakan teks biasa dikenal sebagai telegram. Telegram pula merupakan sebuah pesanan yang dikirim melalui kabel telegraf bawah laut yang sering disebut sebagai kabel atau kawat.

Kesimpulannya, perkembangan teknologi khususnya mesin telegraf atau telegrafi semakin giat berkembang dari tahun ke tahun. Penciptaan ini memudahkan masyarakat pada zaman tersebut dan berterusan sehingga ke hari ini dengan kewujudan aplikasi Telegram pada telefon bimbit yang mudah digunakan pada bila-bila masa sahaja.

PENULIS

  • Mohd Ezaidi Bin Wahap adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca