Sejarah Dan Kisah Tom Yam Kung

“Nok make gapo abe?”

“Tomyam campur udang sotong ayam, kailan ikan masin, telur dadar, nasi putih, paprik ayam, kerabu sotong, mihun goreng tom yam, siakap 3 rasa, nasi goreng tom yam dengan air fresh oren. Itu saja.”

Kami pasti anda mesti pernah makan tom yam atau masakan panas ala Thai di gerai dan restoran untuk makan malam terutama semasa zaman kampus dan bujang.

Walaupun tom yam ini sebenarnya bukan berasal dari negara kita, ia disambut baik oleh masyarakat tempatan sebagai makanan harian.

Masakan Keluarga Diraja Thai

Tom yam merupakan gabungan perkataan bahasa Thai- Tom (proses pendidihan) dan Yam (herba masam pedas) yang merujuk kepada teknik masakan Thai dan penghasilan sup panas.

Tom yam kung terdiri daripada campuran serai, lada burung, sos ikan, daun limau purut dan udang.

Berdasarkan perkongsian UNESCO, resipi tertua tom yam dipercayai ditemui pada zaman pemerintahan Raja Rama V atau Chulalongkorn (tahun 1868 –1910). Resipi pada zaman itu cuma masukkan ikan haruan dan ikan pari ke dalam sup. Tak ada udang, lengkuas, daun limau purut dan serai seperti tom yam zaman sekarang.

Kemudian resipi “tom yam kung” pertama kali muncul dalam buku masakan diraja Thai yang ditulis oleh Mom Rajawongse Kitinadda Kitiyakara. Penulis tersebut menulis resipi sup udang segar yang pernah dimasak untuk keluarga Raja Rama IX pada tahun 1962. Resipi tersebut mengandungi sup, udang, sos ikan, daun limau purut, cili dan serai.

Kini, tom yam kung menjadi hidangan popular di restoran-restoran Thai.

Begitulah serba sedikit kisah tom yam udang. Rasa lapar kan?

Hungry First Date GIF by Originals - Find & Share on GIPHY

Anda mungkin berminat untuk baca tentang kedai tom yam menerusi pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca