Hilang Sejak 10 Tahun Lalu, Mayat Pekerja Pasar Raya Akhirnya Ditemui Belakang Peti Pembeku

Larry Ely Murillo-Moncada, seorang lelaki berumur 25 tahun yang dilaporkan hilang kira-kira 10 tahun yang lalu telah ditemui mereput di belakang sebuah peti pembeku dalam sebuah pasar raya yang tidak lagi beroperasi di Council Bluffs, Iowa pada Januari lalu.

Beliau yang bekerja di No Frills Supermarket di Council Bluffs, Iowa itu dipercayai telah melarikan diri dari rumah semasa ribut salji selepas bertengkar dengan ibu bapanya di rumah pada 28 November 2009 lalu.

Polis tidak mempunyai petunjuk selama sedekad dalam kes kehilangan beliau sehinggalah tubuh beliau ditemui pada bulan Januari lalu.

Mayat yang mereput itu dijumpai oleh pihak kontraktor yang sedang menanggalkan peti ais semasa kerja-kerja pengosongan pasar raya tersebut. Mayat itu ditemui tersorok pada jarak berukuran 18 inci antara peti tersebut dengan dinding.

Bahagian mayat yang tinggal kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Ujian dilakukan dengan membandingkan DNA beliau dan ibu bapanya selepas polis mengesyaki mayat itu milik anak mereka berikutan mendiang adalah bekas pekerja di pasar raya berkenaan.

Selepas ujian DNA dijalankan, mayat itu disahkan milik Murillo-Moncada yang hilang sejak 10 tahun lalu. Mengikut laporan pihak polis, tiada sebarang kesan trauma pada mendiang dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Mereka mempercayai mangsa memanjat atas peti pembeku sebelum terjatuh di kawasan mayat beliau ditemui.

“Bunyi peti pembeku yang kuat berkemungkinan besar menghalang suara jeritan meminta tolong mangsa daripada didengari orang lain,” jelas pegawai polis terlibat dalam kes ini.

Pihak polis akhirnya berjaya menutup siasatan kes ini selepas sedekad.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca