Sehelai Jersi Sebuah Piala, Jadilah Sebahagian Daripada Kisah Epik Dan Sejarah Yang Bakal Tercipta Ini

“Hidup tanpa cinta, ibarat hidup tanpa cita-cita.”

Demikian salah satu dialog dalam filem yang cukup terkenal pada suatu ketika dulu iaitu KL Menjerit. Dengan cinta jugalah, sebuah perjalanan kisah epik yang dibangunkan daripada garapan impian penuh membara sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Klasiko FC ini sedang dilakar.

Klasiko FC bakal berentap dalam pusingan pertama Shopee Piala FA 2019 selepas berjaya menundukkan Raja Permin FC pada peringkat kelayakan dengan keputusan 3-5. Bermain di tempat lawan pada perlawanan tersebut ternyata bukan halangan dan alasan besar buat mereka yang dengan penuh keyakinan melaungkan tekad untuk melangkah jauh dalam kejohanan ini.

Bermula Dengan Semangat Cintakan Bola Sepak

Bercakap kepada I Am Lejen, pengasas Klasiko FC, Khairil Anuar berkata, “tertubuhnya Klasiko FC pada 2014 asalnya adalah untuk kami menaikkan jenama Klasiko Clothing. Pada awalnya Klasiko FC ditubuhkan untuk saya ada sebuah pasukan untuk bermain bola sepak. Namun selepas itu Klasiko FC mula memenangi liga amatur dan liga sosial yang disertai seperti Klang Valley League, Kota Damansara Premier League, SociaLiga KL dan lain-lain.”

“Masuk tahun 2015, Klasiko FC mula serius menjadi pasukan yang bertanding di peringkat tertinggi bagi pasukan bertaraf amatur. Sehinggalah baru-baru ini Klasiko FC mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pusingan kelayakan Piala FA menewaskan Raja Permin dengan 5 jaringan berbalas 3 di Kuala Terengganu. Pusingan pertama nanti pula Klasiko telah diundi bertemu sebuah pasukan profesional iaitu Batu Dua FC. Batu Dua adalah sebuah pasukan yang dibarisi bekas pemain kebangsaan seperti Manaf Mamat dan juga beberapa pemain lain yang pernah beraksi di Liga Super.”

Jualan Jersi Klasiko FC

Ditanya tentang pra-tempahan jersi Klasiko FC yang mula dilancarkan menerusi media sosial semalam, Khairil Anuar menjelaskan, “Klasiko FC semalam melancarkan 4 design jersi iaitu home, away, 3rd kit dan juga FA Cup special edition buat penyokong-penyokong kami. Hasil jualan jersi ni akan digunakan sebagai dana pasukan untuk saingan Piala FA Malaysia & Liga M4 nanti.”

Bagi sebuah pasukan bertaraf amatur seperti Klasiko FC, jualan jersi adalah salah satu perkara penting buat mereka mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan pasukan, selain daripada mendapatkan penaja. Tinjauan kami di laman sosial mendapati rata-rata warganet cukup tertarik dengan rekaan keempat-empat jersi Klasiko FC ini dan menyatakan keterujaan untuk memilikinya sebagai tanda sokongan.

KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

“Ayuh beli jersi Klasiko yang super handsome ini sebagai tanda sokongan kepada Klasiko FC, sebuah pasukan kecil yang mempunyai impian besar dalam bola sepak Malaysia. Dan jangan lupa saksikan perlawanan bersejarah pasukan kami menentang Batu Dua pada 2 Mac 2019 nanti di Stadium UM Arena!”

Banyak sejarah dunia dan kejayaan-kejayaan besar telah tercipta dengan sokongan padu komuniti, dan cerita epik yang sedang ditulis oleh anak-anak muda bergelar Klasiko FC yang penuh semangat ini tidak terkecuali. Jadilah sebahagian daripada sejarah yang bakal dilakar dengan membuat tempahan jersi Klasiko FC anda hari ini.

Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp Klasiko FC.

Terus Lejen, Klasiko FC!

Artikel Lain Untuk Di Baca