Segan Ada Ibu Bapa Terkenal, Anak David Beckham Minta Diturunkan Jauh Dari Sekolah

Pereka fesyen terkenal antarabangsa iaitu Victoria Beckham mendedahkan anak bongsunya iaitu Harper Seven berasa segan apabila dihantar ke sekolah oleh ibu bapanya yang berstatus bintang mega dunia.

Penyanyi lagu Wannabe itu menceritakan bagaimana Harper baru-baru ini meminta David Beckham untuk menurunkannya jauh dari pintu pagar sekolah.

Sumber: Instagram @davidbeckham

Memetik laporan Daily Mail Online, ia menyebabkan bekas bintang bola sepak dunia berkenaan patah hati kerana David rasa Harper tidak menganggap dirinya sebagai seorang bapa yang cool.

Victoria bagaimanapun faham perasaan puteri bongsunya itu kerana dia pernah melalui situasi yang sama sebagai seorang remaja.

Sumber: Instagram @victoriabeckham

Ini kerana Victoria akan berasa malu setiap kali bapanya menggunakan kereta Rolls-Royce untuk menghantar ahli Spice Girls itu ke sekolah.

Selain Harper, pasangan Beckham turut memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Sumber: Instagram @victoriabeckham

“Anak-anak lelaki saya memberikan layanan yang sangat baik terhadap adik perempuan mereka. Bayangkan ada tiga orang abang?” tambah Victoria.

Jika berada dalam situasi sama seperti Harper, apa yang akan anda lakukan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca