“Segak Macam Mana Pun Nanti Mereka Kata Baju Papa Macam Air Horlicks.” – Ismail Sabri

Penampilan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering menjadi bualan ramai sehingga beliau sendiri reda apabila pakaiannya setiap kali sidang media perkembangan terkini COVID-19 ‘dimenukan’ oleh warganet.

Menantu Ismail Sabri sendiri iaitu pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie baru-baru ini berkongsi sebuah perbualan menarik melibatkan dirinya bersama Menteri Kanan (Keselamatan) tersebut.

Jovian memuat naik sekeping foto yang memaparkan Ismail Sabri memakai baju Melayu berwarna krim di laman Instagramnya. Pereka fesyen itu menegur penampilan bapa mertuanya yang kelihatan segak.

Bapa kepada penyanyi Dafi itu sebaliknya hanya membalas pujian tersebut dengan nada jenaka, “Huh, handsome macam mana pun nanti mereka kata baju Papa macam air Horlicks.”

Sementara itu, rata-rata warganet kelihatan terhibur melihat bagaimana bapa mertua kepada Jovian itu reda selepas penampilannya kerap disamakan dengan makanan:

Pada pendapat anda, apa makanan pertama yang terlintas dalam fikiran apabila pertama kali melihat baju yang dipakai oleh Ismail Sabri dalam sidang media tersebut?

Bagi yang masih keliru, penampilan segak Ismail Sabri yang sering menggayakan baju batik sebelum ini sering disamakan dengan makanan seperti kek, agar-agar dan pelbagai hidangan pencuci mulut yang enak.

Akhir sekali, semua orang diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun PKPB mempunyai sedikit kelonggaran berbanding fasa-fasa sebelumnya, kesihatan anda dan orang sekeliling tetap perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Ismail Sabri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca