Search
Close this search box.

Seekor Kucing Tua Berusia 18 Tahun Diculik Oleh Penghantar Makanan

Kucing berusa 18 tahun diculik

Seorang wanita penghantar makanan didapati menculik seekor kucing tua yang dibela oleh sebuah keluarga selama 18 tahun sebelum menghantar makanan yang dipesan jiran.

Kejadian tersebut berlaku di Studio City, Los Angeles pada Selasa 15 Jun lepas semasa kucing tersebut berlegar di hadapan rumah.

Detik penculikan tersebut telah dirakam oleh kamera pengawasan milik seorang jiran dimana seorang penghantar makanan Uber Eats didapati menyekup kucing tersebut dan meletakkannya di kerusi belakang kereta.

Bahkan, penghantar makanan tersebut telah menanggalkan kolar milik kucing itu dan tinggalkannya di tepi jalan.

Kolar kucing yang diculik ditinggalkan di tepi jalan oleh penghantar makanan
Sumber: FOX 11

Kucing yang digelar sebagai Hog, telah dibela oleh keluarga Patrick Lewis selama 18 tahun sejak ia kecil lagi.

Tuan kepada kucing tersebut berkata bahawa ahli keluarganya berpatah hati dengan kehilangan Hog.

“Anak-anak saya kerap bertanya ‘bila Hog nak balik? Bila Hog nak balik?,” ujar Patrick kepada FOX 11.

Patrick yang sedar akan kehilangan kucing betinanya itu pada hari yang sama mula bertanya kepada jiran-jirannya mengenai Hog.

Salah seorang daripada jirannya berkata dia ada ternampak seorang perempuan mengutip seekor kucing yang berkemungkinan milik Patrick.

Manakala jirannya yang membuat pesanan makanan tersebut telah mengesahkan wanita berkenaan sememangnya orang yang sama yang menculik Hog apabila beliau melihat rakaman kamera pengawasannya.

Pemilik Hog berkata dia tidak mampu untuk melihat rakaman tersebut lebih dari sekali kerana patah hati.

“Saya hanya melihat video itu satu kali. Saya memang tidak mampu melihatnya lagi.

Bagi saya, ianya sangat memilukan hati untuk dilihat. Rasa bagaikan anak perempuan saya telah diculik,” Patrick berkata kepada CBS Los Angeles.

Beliau juga menjelaskan kepada syarikat Uber bahawa dia sekeluarga tidak marah dengan wanita tersebut dan tidak mahu beliau ditimpa masalah.

“Kami hanya mahukan kucing kami kembali. Itu sahaja yang kami mahu.” jelasnya.

Pihak Uber Eats berkata bahawa tindakan wanita tersebut tidak boleh diterima dan mereka akan bekerjasama untuk memulangkan kembali kucing berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca