Seekor Babi Melukis Wajah Putera Harry Yang Dijual Pada Harga RM13,000

Baru-baru ini, satu lukisan wajah cucu Ratu Elizabeth II Putera Harry dilukis oleh seekor khinzir bernama Pigcasso dan dijual pada harga £2,350 (RM13,000).

Karya seni yang dihasilkan haiwan tersebut terdiri daripada pelbagai cat warna dan dapat disiapkan hanya dalam beberapa minit. Lukisan berkenaan turut dibeli oleh pengumpul dari Sepanyol.

Sumber: Vocket

Pigcasso merupakan haiwan peliharaan Joanne Lefson yang tinggal di Franschhoek, Afrika Selatan. Difahamkan lukisan itu adalah salah satu daripada ratusan karya seni yang dihasilkan oleh khinzir berusia empat tahun tersebut.

Lefson berkata bahawa jumlah wang dihasilkan dari lukisan Pigcasso bernilai hampir £50,000. Wang tersebut digunakan bagi membiayai ladang ternakan yang dimiliki olehnya.

Sumber: Vocket

“Lukisan itu adalah wajah Putera Harry dan dibeli oleh pengumpul yang merupakan peminat Pigcasso. Dia tidak jauh beza dengan khinzir lain, dia pintar dan ada sifat ingin tahu tetapi sangat berbakat dalam melukis,“ kata Lefson.

Ia bukanlah kali pertama Pigcasso melukis potret golongan bangsawan. Sebelum ini, haiwan itu melukis wajah Ratu Elizabeth II dan dijual kepada pembeli di London dengan harga yang hampir sama dengan lukisan Putera Harry baru-baru ini.

Untuk baca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh kilk pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca