Sedih! Ini Kisah 5 Selebriti Hollywood Yang Meninggal Dunia Secara Tragis

Sudah nama pun selebriti, pasti apa sahaja yang mereka buat akan menjadi perhatian orang ramai. Segala gerak-geri dan perbuatan mereka sering diperhatikan. Dalam erti kata lain, memang tak ada privasi langsung.

Itulah yang selebriti perlu hadap setiap hari. Suka atau tidak, diri mereka memang akan menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat. Apabila ada berita kematian artis pula, ia umpama mimpi buruk buat para peminat. Lagi-lagi kalau idola mereka meninggal secara tragis.

Kali ini, kami kongsikan 5 selebriti Hollywood yang meninggal dunia secara tragis:

1. Marilyn Monroe

Legenda Hollywood yang diminati ramai ini menghembuskan nafas terkahir pada zaman kegemilangannya. Marilyn meninggal dunia pada tahun 1962 akibat dadah. Pelakon yang tiada galang gantinya itu dilaporkan koma setelah mengambil ubat tidur secara berlebihan.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa diari milik Marilyn telah dicuri dari kediamannya untuk menutup cerita berkenaan skandal Marilyn dengan Presiden Amerika ketika itu iaitu John Kennedy.

2. Mac Miller

Penyanyi yang juga merupakan bekas kekasih Ariana Grande ini merupakan penghidap penyakit kemurungan. Pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkan Mac meninggal dunia.

Kematian Mac bukan sahaja meninggalkan luka yang dalam di hati Ariana tetapi juga buat semua peminatnya.

3. Elvis Presley

Penyanyi dan aktor yang terkenal dengan wajah tampannya ini ditemui tidak bernyawa di bilik mandi rumahnya. Elvis meninggal dunia pada tahun 1977 di Tennessee, Amerika Syarikat juga gara-gara pengambilan dadah secara berlebihan.

4. Amy Winehouse

Penyanyi terkenal ini meninggal dunia pada usia 27 tahun akibat keracunan alkohol. Penyanyi berbakat besar ini merupakan salah seorang selebriti yang meninggal dunia ketika kariernya berada di puncak. Amy juga dilaporkan ketagih dadah dan berkeras tidak mahu menerima apa-apa rawatan.

5. Whitney Houston

Penyanyi yang popular dengan lagu I Have Nothing ini meninggal dunia ketika berusia 49 tahun. Punca kematiannya adalah disebabkan pengambilan dadah jenis kokain secara berlebihan. Mayat Whitney ditemui tenggelam di dalam tab mandi di rumahnya.

Semua selebriti di atas dikatakan menghidapi kemurungan yang mendorong mereka untuk mengambil dadah secara berlebihan. Siapa sangka mereka yang kelihatan gembira dan tiada masalah itu sebenarnya menyimpan kedukaan di sebalik wajah masing-masing.

Artikel Lain Untuk Di Baca