Sedarkah Anda Tentang Bahayanya Minum Air Berlebihan?

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Tahukah anda bahawa buah pinggang anda perlu bekerja “lebih masa” untuk menapis air berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang bukan seperti paip air yang mana semakin air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan buah pinggang anda terdiri daripada beberapa siri iaitu kapilari yang dikhaskan sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli akan rosak jika ia bekerja terlalu keras. Hal ini disebabkan oleh kesan haus dan geseran serta jumlah air yang terlalu banyak di dalam badan anda juga merupakan salah satu punca atau sebab yang menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Anda harus sering bersenam agar mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Jika anda minum terlalu banyak sebelum atau selepas bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak. Hal ini akan menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual dan boleh mengakibatkan kematian.

Jika anda ingin mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Sekiranya anda perlu minum air dengan kuantiti yang banyak, anda boleh minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada para pembaca.

Artikel Lain Untuk Di Baca