Siapa sahaja yang tidak pernah menggunakan sistem pembayaran dompet elektronik (e-dompet)? Boost, Touch ‘n Go, Grab dan Fave merupakan perkhidmatan e-dompet yang terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia.

Sekiranya aplikasi seperti Grab dan Touch ‘n Go menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia, aplikasi WeChat pula menjadi pilihan sejumlah besar pengguna di China.

Begitu juga dengan seorang peminta sedekah di China yang turut tidak terkecuali dalam mengikuti peredaran zaman! Peminta sedekah ini sediakan alternatif penerimaan secara nirtunai melalui aplikasi WeChat.

Melalui perkongsian Fazil Irwan di Facebook, alternatif ini ditawarkan kerana orang ramai di Beijing sering menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai wang tunai kerana mereka lebih menggunakan aplikasi e-dompet.

Untuk itu, penyedia kod QR menyediakan alternatif berkenaan untuk membolehkan orang ramai memberikan wang dengan cara yang paling mudah.

Fazil menceritakan semula kejadian tersebut di ruangan kapsyen. Pada mulanya, Fazil dan rakan-rakannya mahu mencari makan malam di ibu negara China tersebut.

Kisahnya bermula apabila mereka terserempak dengan seorang peminta sedekah yang meminta wang tunai daripada salah seorang rakan Fazil semasa mereka berada dalam perjalanan ke restoran itu.

In my previous post, I spoke about how almost everything is transacted through WeChat in China. It so happened that…

Posted by Fazil Irwan on Wednesday, 27 November 2019

Rakan Fazil menolak pada mulanya dengan berkata bahawa dia tidak mempunyai wang tunai bersamanya pada ketika itu. Sebagai respons, peminta sedekah itu segera mengeluarkan kod QR supaya wanita itu boleh membuat sedekah tersebut menerusi WeChat Pay.

Perkongsian berkenaan menerima 22,000 sukaan dan 3,400 komen semenjak ianya dimuat naik pada Rabu lalu (27 November).

Sehingga hari ini, posting ini berjaya mencuri perhatian warganet dengan menerima 16,000 kongsian.

Apakah pendapat anda mengenai pembayaran secara nirtunai? Adakah anda lebih selesa menggunakan telefon pintar ataupun lebih selesa menggunakan wang tunai untuk membuat pembayaran?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda