Sedap Hingga Jilat Jari, Ini Char Kuey Teow Paling Padu Dekat SS15

Bila sebut sahaja SS15, pasti semua orang terbayangkan makanan. Yang tadi baru sahaja makan dua pinggan nasi pun boleh lapar balik memandangkan SS15 memang terkenal sebagai lubuk makanan. Dalam erti kata lain, nak makan apa semua ada!

Selalunya, orang ramai yang datang ke SS15 akan berkunjung ke Gold Chilli atau Jibril untuk makan butter chicken. Lokasi ini memang terkenal dengan butter chicken. Mereka yang tidak mahu ketinggalan dengan trend terkini pula mesti akan beratur untuk beli bubble tea. Maklumlah, SS15 ini juga dikenali sebagai wilayah bubble tea.

Sebenarnya, banyak lagi makanan lain yang jauh lebih sedap dan murah berbanding semua itu. Kali ini, segmen Lejen Makan bawa anda semua pergi ke satu tempat yang menjual Char Kuey Teow. Tempat ini budak-budak Subang Jaya memang ada gaya sahaja yang tahu. Yang penting, memang padu habis! Orang putih cakap, the best in town.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca