Siapa sahaja yang tidak takut saat mengetahui bungkusan makanan yang kita beli adalah bekas hasil positif ujian COVID-19?
Perkara yang mengerikan tersebut ternyata dialami oleh seorang warga Indonesia di kawasan Depok, bahagian Jawa Barat.
Individu yang tidak mahu didedahkan identitinya itu mengatakan bahawa dia sedang makan makanan gorengan apabila dia menyedari bungkusan makanan itu adalah bekas dokumen hasil positif ujian COVID-19.
Dia turut mengaku bahawa perkara tersebut memutuskan selera makannya serta-merta.
Gambar bungkusan makanan tersebut menjadi viral setelah dimuat naik oleh akaun Instagram @infodepok_id pada Isnin, 26 Julai semalam.
Menerusi gambar kertas hasil ujian COVID-19 yang dimuat naik itu, jelas menunjukkan bahawa ianya milik seorang wanita berusia 63 tahun.
Dalam gambar yang dimuat naik di @infodepok_id, hasil ujian tersebut menunjukkan ujian itu dilakukan pada 15 Februari 2021 iaitu sekitar lima bulan yang lalu.
Walaupun dalam penerangan kertas hasil ujian COVID-19 tersebut menunjukkan hasil ujian tersebut dibuat pada bulan Februari 2021 yang lepas, tetap sahaja perkara itu menimbulkan rasa takut kepada individu tersebut.

Ramai warganet Indonesia yang meninggalkan komen menerusi muatan tersebut sama ada yang menanggapi perkara tersebut dengan serius mahupun lawak sindiran.
“Betapa hebatnya orang Indonesia, hasil positif ujian COVID-19 pun digunakan untuk bungkus makanan,” komen seorang pengguna akaun Instagram @achmed_nipindo.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: