Sedang Asyik Tonton Perlawanan Liverpool Dan Man U, Suami Panik Air Ketuban Isteri Pecah

Pastinya para peminat kelab bola sepak Manchester United masih rasa kecewa hingga detik ini atas kekalahan 5-0 pasukan tersebut apabila menentang Liverpool baru-baru ini.

Namun, berbeza dengan pasangan suami isteri dari Singapura ini, baru sahaja 15 minit perlawanan bola antara Liverpool dan Manchester United bermula, mereka berdua sudahpun melalui detik cemas.

Nash, yang sedang sarat mengandung pada ketika itu, mula menyedari bahawa air ketubannya telah pecah.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya dan Nash telah memuat naik rakaman video tersebut di akaun Instagramnya.

Dalam rakaman tersebut, Rifdi, suaminya kelihatan terpinga-pinga dan tak tentu arah seakan-akan masih memproses bahawa isterinya akan bersalin.

Namun, dalam suasana yang masih panik, Rifdi masih sempat mencuri-curi pandang ke arah skrin televisyen di mana perlawanan itu masih berlangsung.

Menurut Mothership.sg, Nash mengatakan bahawa situasi berkenaan sangat mencuit hati meskipun ianya sesuatu yang serius.

“Saya ketawa semasa air ketuban saya pecah dan pada mulanya, suami saya ingat saya cuma bergurau. Sampailah saya tunjuk air ketuban yang bertakung di atas sofa.”

Sebelum mereka berdua meninggalkan rumah tersebut, Nash terpaksa mengingatkan Rifdi untuk membawa dokumen-dokumen penting seperti dompet, kad pengenalan dan kad temujanji kerana dia masih kelihatan tidak tentu arah.

Menurut Nash, mereka tiba di hospital kira-kira jam 12:30 pagi pada 25 Oktober dan bayi itu akhirnya selamat dilahirkan pada jam 3:02 petang itu.

Katanya lagi, “Saya bersalin secara normal tanpa sebarang epidural dan jahitan jadi saya baik-baik sahaja. Bayi kami juga dalam keadaan yang baik dan saya harap dia akan menjadi peminat Man U juga.”

Rifdi telah menjadi peminat Manchester United selama 19 tahun dan Nash, yang turut minat menonton perlawanan bola sepak sejak kecil memberitahu bahawa dia suka menemani suaminya menonton perlawanan bola sepak apabila Man U sedang bermain.

Apabila ditanya tentang perasaan mereka yang terpaksa meninggalkan perlawanan bola sepak itu, Nash berkata, “Nasib baik kami tak tengok perlawanan itu sampai habis, kalau tak mesti suami saya dah menangis di rumah.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca