Pasti ramai pembaca di sini yang gemar makan kek, bukan? Lagi-lagi kalau kek Secret Recipe. Kami ada berita baik buat anda semua! Promosi 50 peratus untuk kek kedua di Secret Recipe bakal menemui anda pada 25 Jun ini.
Promosi ini bakal berlangsung selama sehari sahaja iaitu bermula dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Anda boleh menikmati promosi ini di semua cawangan Secret Recipe kecuali di Sabah, Subang Skypark, KTIA, PPUM dan Medini Mall.
Anda akan layak untuk menebus promosi 50 peratus ini dengan membeli sepotong kek Secret Recipe terlebih dahulu. Jadi, jangan lepaskan peluang anda! Ini merupakan masa yang terbaik untuk bawa sesiapa sahaja menikmati kek bersama-sama dengan anda.
Sumber: