Sebuah Sekolah Perkenalkan Subjek Khas Untuk Ajar Pelajar Lelaki Kemas Rumah

Majoriti menganggap kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah dan melipat kain adalah tugas wanita. Namun begitu, tanggapan itu salah sama sekali.

Kerja-kerja berkenaan sebenarnya bukan tugas wanita semata-mata tetapi ia boleh dilakukan bersama-sama. Segelintir lelaki mungkin melihat ia sebagai sesuatu yang mudah dan berpendapat bahawa kaum wanita boleh melakukannya seorang diri. Namun begitu, ia sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Buktinya, sebuah sekolah di Sepanyol sampaikan terpaksa memperkenalkan subjek khas untuk mendidik dan mengajar perkara asas termasuklah mengemas, menggosok baju serta memasak. Subjek itu dilaporkan dibuat khas untuk pelajar lelaki.

Selain kerja-kerja rumah, subjek itu juga mengajar mereka ilmu pertukangan, batu-bata dan perpaipan.

Meskipun ada yang menganggap kerja-kerja sedemikian boleh diajar oleh kedua-dua ibu bapa, orang ramai akan memandang perihal ini secara lebih serius apabila ia ditekankan menjadi subjek khas di sekolah.

Diharapkan agar subjek berkenaan dapat menghasilkan golongan lelaki yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja rumah dan tidak berharap kepada wanita semata-mata untuk melakukan tugas tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca