Sebuah Gereja Dipenuhi Dengan Tengkorak Manusia Di Portugal

Kisah ini menceritakan tentang seseorang yang mempunyai kuasa magis yang sangat tinggi. Dia juga telah menyihir banyak wanita dan anak-anak hingga mati. Mayat-mayat itu ditempatkan di sebuah gereja hingga sekarang.

Mungkin cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata kerana tiada siapa yang tahu tentang peristiwa sebenar. Justeru, banyak tengkorak wanita dan kanak-kanak yang tergantung di gereja itu. Tempat ibadat ini unik dan pelik kerana semua dinding telah dihiasi dengan tengkorak dan rangka manusia.

Menurut sejarah, terdapat 43 pemakaman di Evora pada abad yang ke-16. Ada segelintir yang tidak setuju dan mahu makam ini dihancurkan, namun sami gereja tersebut telah memindahkan 5,000 tengkorak ini ke gereja dos Ossas.

Idea ini muncul daripada para sami di gereja dos Ossas yang mahu meletakkan 5,000 tengkorak di dalam gereja itu. Dia juga mahu menjadikan gereja ini sebagai tempat yang tenang sehingga orang ramai menyedari bahawa suatu hari nanti kita pasti akan mati dan jangan terlalu menyibukkan diridengan perkara duniawi.

Di pintu masuk gereja ini tertulis perkataan “Nos ossos que aqui estamos, pelos vossos esperamos” yang membawa maksud “Tengkorak kami (sudah) ada di sini, (dan) tengkorakmu yang kami nantikan” menjadi peringatan bagi semua orang bahawa satu hari nanti kita pasti akan mati.

Selain Portugal, terdapat beberapa gereja lain seperti di Czechoslovakia di mana bahagian dalamnya dihiasi dengan tengkorak iaitu Sedlec Ossuary atau Sedlec Collection. Jumlah tengkorak di sini melebihi daripada 40,000 hingga 70,000 tengkorak.

Gereja ini telah dihias oleh keluarga Schwarzenberg pada tahun 1870. Keluarga ini benar-benar berhasrat untuk menghiasi gereja tersebut dengan tengkorak malah mereka turut membayar upah terhadap seorang tukang sehingga hasilnya memuaskan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca