“Sebenarnya I Ada Banyak Kawan-Kawan Yang ‘Syaitan’, Tapi..” – Michael Ang Tampil Beri Nasihat Kepada Mereka Yang Suka Salahkan Kawan Lepas ‘Kantoi’

Dengan caption, “Topic hari ni SEMUA KEJAHATAN DTG DARI DIRI SENDIRI JGN SALAHKAN ORG LAIN! Salam Jummat luv u all!” Michael Ang tampil dengan video pendek berdurasi 44 saat pada hari Jumaat baru-baru ini di Instagram beliau.

Secara umum nasihat itu ditujukan kepada kita semua agar tidak mudah beri alasan dengan menyalahkan faktor salah pilih kawan dan pengaruh rakan sebaya apabila ‘kantoi’ buat kesilapan.

Video itu rata-rata mendapat respon positif daripada warganet yang bersetuju dengan apa diperkatakan oleh beliau.

Kami turut bersetuju dengan apa yang beliau nasihatkan dalam video tersebut. Bukan perkara baru yang kita dengar, apabila seseorang itu didapati telah membuat kesalahan, baik dia orang biasa atau personaliti yang dikenali ramai, pasti alasan salah pilih kawan akan digunakan.

Sebenarnya, apa yang lebih mudah dan pendek cerita adalah memohon maaf dan ambil tanggungjawab kesilapan itu seterusnya perbaiki diri dalam meneruskan hidup yang tak akan pernah sunyi dari cabaran dan dugaan. Apa orang nak kata lepas tu, biarlah mereka nak kata apa pun. Mulut orang bukan kita boleh nak jaga atau tutup kan?

Foto: Gempak

Artikel Lain Untuk Di Baca