Sebelum Wujudnya Dinosaur, Antartika Pernah Ditumbuhi Hutan Belukar Dan Dikuasai Oleh Cicak Gergasi Ini

Berjuta tahun sebelum kemunculan era bumi ditakluki oleh raja segala dinosaur,T.rex, Antartika sebenarnya dikuasai oleh sejenis reptilia kuno terawal yang dipanggil archosaur.

Saintis menjumpai sebahagian tulang cicak ini yang berusia 250 juta tahun dahulu iaitu ketika Antartika masih ditumbuhi pokok-pokok yang membentuk hutan belukar.

Fosil ‘bekas raja’ ini bukan sahaja memberikan gambaran jelas terhadap landskap berhutan di Antartika suatu masa dahulu, ia juga membantu menjelaskan bagaimana landskap di sana berevolusi berikutan kepupusan makhluk yang berskala besar yang pernah terjadi dalam sejarah bumi.

Walaupun fosil archosaur ini tidak lengkap, pengkaji dapat memastikan bahawa cicak ini sejenis vertebrata reptilia dewasa yang berukuran sepanjang 1.2 hingga 1.5 meter.

Tulang-tulang halus di tulang dan kaki cicak gergasi ini menunjukkan ia sebenarnya spesis baru yang ditemui oleh pengkaji. Bentuk kaki cicak ini juga menunjukkan yang haiwan ini tinggal di daratan dan merangkak di lantai hutan.

Anda mungkin tidak mampu membayangkan suasana Antartika dahulu yang pernah dipenuhi pokok-pokok hijau dan haiwan melata memandangkan Antartika sekarang dipenuhi ais yang membeku, tiada haiwan hidup dan dilitupi ais sepenuhnya.

Namun, sememangnya berjuta tahun dahulu, Antartika pernah menjadi hutan hujan yang suhunya tidak pernah sampai suhu paras beku.

Saintis mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa hutan yang meluas serta terdapat sungai besar yang merentasinya pernah wujud di Antartika. Hutan dan sungai itu diduduki amfibia, mamalia yang dipanggil cynodonts atau pemangsa mamalia yakni dicynodonts yang mempunyai gading serta paruh dan juga reptilia seperti cicak gergasi.

Kajian ini menunjukkan bahawa sebelum zaman dinosaur yang benar-benar kita kenali melalui filem ‘Jurassic World’ itu muncul, sebenarnya wujud satu lagi zaman sebelum itu yang mana dikuasai oleh archosaur, seekor repltilia gergasi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca